Keblinger

Tentang Dunia Hawa

| Monday, February 6, 2012


Bermula 9 February 2012, kuliah Tentang Dunia Hawa akan diadakan pada setiap hari Khamis , antara maghrib dan isyak bertempat di Surau V5K . Tajuk yang akan dibincangkan adalah berdasarkan buku Fikh Kerahsiaan Wanita karya ulamak besar Mesir, Dr. Saadudin Mus'ad Hilali . 

Kenapa kami memilih buku ini untuk dibincangkan dan dipanjangkan ? 
Sebabnya , sebagai wanita kita perlu mengenali diri kita sendiri terutama persoalan 'dalaman' mengenai kita . 

Secara amnya buku ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu;

* Hukum Bersuci, aurat dan berkhatan terhadap faraj wanita - menyentuh soal lelehan (discharge) faraj, aurat faraj dan khatan wanita.

* Hadas-hadas yang keluar melalui faraj - menyentuh hadas wuduk, hadas junub dan hadas dari darah-darah yang keluar (seperti haid, nifas dan istihadah)

* Hukum bersetubuh - menyentuh bersetubuh ketika wanita hamil dan hukum azal,

* Hukum-hukum berkaitan dengan wanita hamil, idah (cerai hidup mahupun mati) dan menggugurkan kandungan kehamilan.

* Hukum melakukan jenayah ke atas kemaluan wanita.

Topik-topik tersebut sangat relevan dengan kehidupan seharian seorang wanita dan malangnya rata-rata kita  tidak mengetahui . Moga-moga kuliah ini memberi kefahaman tentang hukum-hukum fikh wanita bagi memimpin kita untuk terus berada di dalam ketetapan syariatNya . InsyaAllah :)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Rasulullah SAW ada menyebutkan: "Sebaik-baik perempuan itu ialah perempuan Ansar (penduduk asal Yathrib berbangsa Arab), mereka tidaklah malu untuk (belajar) perkara-perkara agama (Islam)".

3 comments:

Anonymous at: February 9, 2012 1:05 AM said...

i'allah hadir memeriahkan suasana

{ Hatiku Bermunajat } at: February 9, 2012 1:07 AM said...

All the best HELWI UTP
xsabar nk jumpe esok
i'allah

{ Syafiqah Najib } at: February 10, 2012 1:27 AM said...

this is the best, fun, amazing class ever! I like it :)

Post a Comment

 

Copyright © 2010 HELWI UTP