Keblinger

♥ REVIEW TENTANG DUNIA HAWA : TAQWA ♥

| Wednesday, August 26, 2009
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..





Alhamdulillah, semalam telah diadakan kelas TENTANG DUNIA HAWA yang pertama untuk semester ini..pengisian oleh ustazah mashitah sabdin..dan insyaAllah, di sini pihak AJK pelaksana ingin berkongsi bersama sahabat2x yang tidak dapat menghadiri kelas tersebut @ menghadiri tetapi mahu mereview semula pengisian dari ustazah mashitah tersebut..=)

Semalam, ustazah berkongsi bersama para hadirat tentang :

CIRI-CIRI ORANG YANG BERTAQWA.


Perumpamaan taqwa adalah seperti orang yang melalui denai yang mana di kiri dan kanannya penuh duri.sentiasa berhati2x..


Dalam pengisian tersebut telah diceritakan 2 kisah :-

1) TAQWA SAIDINA ABU BAKAR

Suatu hari Rasulullah bertanya kepada para sahabatnya 3 soalan.

Pertama :- siapakah antara kamu yang pada hari ini berpuasa?

Tiada seorang pun yang mengaku kecuali seorang sahabat iaitu Saidina Abu Bakar.

Kemudian rasulullah bertanya lagi,

Kedua :- Siapa pula yang pada hari ini telah bersedeqah?

Perkara yg sama berlaku....hanya Saidina Abu bakar yang mengangkat tangan..

Sekali lagi Rasulullah bertanya,

Ketiga :- Siapakah antara kamu yang telah melawat saudaramu yang sakit?

Sekali lagi, tiada siapa mengangkat tangan kecuali Saidina Abu bakar...

Di sini, dapatlah disimpulkan ketaqwaan Saidina Abu Bakar melalui 3 ciri iaitu :- berpuasa, bersedeqah & menziarahi org sakit.

2) SILLAH DAN SINGA

Kisah tentang Sillah (tak pasti ejaan, tak jumpa dalam internet) yang mengikuti 1 peperangan. Dalam peperangan tersebut terdapat seorang tentera yang nakal. Pada suatu ketika, sedang mereka berhimpun beramai2x, Sillah secara senyap-senyap telah bergerak ke suatu tempat sunyi..tentera yang nakal tadi menyedari perbuatan Sillah lalu mengekori Sillah untuk melihat apa yang dikerjakannya. Rupa2xnya Sillah bersolat, sujud kpd Allah.sedang Sillah bersolat, datang seekor singa lalu duduk di sebelah Sillah. Selesai solat, Sillah melihat singa tersebut dan singa tersebut melihat Sillah semula. Mereka saling berpandangan. Manakala tentera yang nakal tadi telah memanjat pokok kerana khuatir diserang singa tersebut. Lalu Sillah berkata kpd singa tersebut

"Kalau aku ditakdirkan menjadi makanan kamu, maka makanlah aku. Tetapi jika tidak, nyahlah kau dari sini."

Lalu pergilah singa tersebut tanpa melakukan apa-apa pada Sillah. Kejadian tersebut disaksikan oleh tentera yang nakal tadi..Dari kisah ini, terdapat 2 ciri-ciri org yg bertaqwa iaitu:-

1) Yakin bahawa ALLAH yang menetapkan segala sesuatu.

2) Ikhlas melakukan ibadah tanpa rasa riak & tidak menghebohkan kpd org lain.


Dalam 1 hadis pula terdapat 5 ciri2x org bertaqwa yang amat digalakkan oleh Rasulullah untuk dilakukan pada bulan ramadhan:

1) Memperbanyakkan membaca quran
2) Memperbanyakkan sedeqah
3) Melakukan solat-solat sunat
4) Zikrullah :- sentiasa mengingati ALLAH
5) Memberi banyak pertolongan kepada yang memerlukan, ahli keluarga & orang yang menyembunyikan kesusahan tetapi memerlukan.

Sekian sebarang pertambahan @ pembetulan atas sebarang kesilapan amat dialu-alukan..

Wassalam..




♥ TENTANG DUNIA HAWA ♥

| Monday, August 24, 2009



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT~


Menyedari kepentingan ilmu fiqh dalam amalan kehidupan seharian kita, InsyaAllah pada minggu ini, HELWI menganjurkan kelas fiqh wanita. Jadi pihak pelaksana amat mengalu-alukan kedatangan sahabat-sahabat ke kelas tersebut. Butiran adalah seperti berikut :


KELAS TENTANG DUNIA HAWA

SELASA

25 OGOS 2009
SURAU V2
ANTARA MAGHRIB & ISYAK
PENCERAMAH : USTAZAH MASHITAH


Sebarang kemusykilan berkenaan masalah fiqh (bersuci, solat, dll) bolehlah diajukan pada majlis ilmu tersebut. InsyaAllah, penceramah akan cuba menjawab sebaiknya. (^__^)


Ajak sahabat-sahabat yang lain juga ya~



♥ MARI MENJADI SOLEHAH ♥

| Sunday, August 23, 2009


BAGAIMANA MENJADI SOLEHAH?

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :


1. Taat kepada Allah dan RasulNya


- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga


2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga



Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.




 

Copyright © 2010 HELWI UTP